Adakah Anda Tahu Apa Itu Olymp Trade MT4?

Adakah Anda Tahu Apa Itu Olymp Trade MT4?

Olymp Trade MT4

Meskipun anda masih baru dan tidak berpengalaman tetapi jika anda merupakan ahli kepada group Facebook Olymp Trade Malaysia, pasti anda ada mendengar atau terbaca tentang Olymp Trade MetaTrader 4 (Mulai sekarang, Olymp Trade MT4).

Tujuan posting blog ini adalah untuk memberikan anda maklumat asas mengenai MT4 dan fungsinya dalam pelaburan. MT4 adalah salah satu alat analisis teknikal yang paling baik dan popular pada masa sekarang. Malah ia dijangkakan kekal begitu untuk jangka masa yang agak lama.

Pendek kata, tidak salah jika kami katakan yang Olymp Trade adalah medan perang maka MT4 adalah senjata yang hebat. Itulah sebabnya broker yang bagus seperti Olymp Trade tidak boleh dipisahkan dengan penggunaan MT4.

Olymp Trade MT4

Isi Kandungan

  • Apa itu MetaTrader 4?
  • Kenapa menggunakan Olymp Trade MT4?
  • Akses Mudah ke Indikator
  • Olymp Trade MT4 Secara Terperinci
  • Rumusan Olymp Trade MT4
  • Mengapa Trader Olymp Trade Forex memilih MT4?

Apa Itu MetaTrader4?

MetaTrader4 atau MT4 adalah platform perdagangan yang berfungsi bersama-sama dengan broker perdagangan (contohnya Olymp Trade). Ia digunakan secara meluas oleh broker dan trader di banyak platform dan di asset-asset yang berlainan.

Secara umum, Olymp Trade MT4 adalah satu lagi pilihan untuk pedagang forex selain dari platform Olymp Trade yang sedia ada. Ia menyediakan lebih banyak alat dan fitur berbanding dengan berdagang melaui web atau aplikasi mobile.

Dengan menggunakan Olymp Trade MT4, trader dapat menutup, membuka, menguruskan trade, menganalisis harga dan menggunakan teknik perdagangan automatik dengan menggunakan tetapan built-in.

Olymp Trade MT4 adalah seperti sekumpulan alat yang disatukan ke dalam Olymp Trade untuk trader mempunyai lebih bantuan analisis teknikal serta untuk menambahkan fungsi pengaturan automatik mengikut kehendak mereka.

Bercakap mengenai MT4, penghasilnya yang asal adalah MetaQuotes. Tujuannya adalah untuk membolehkan trader berdagang di pasaran Forex, future trades dan Contract For Differences (CFD).

Untuk pengetahuan, Olymp Trade MT4 disediakan secara percuma di Olymp Trade. Ia disediakan sebagai “mainan” kepada trader untuk melabur dengan cara yang betul,selamat dan sahih.

Kenapa Anda Harus Menggunakan Olymp Trade MT4

Poin pertama yang pada kami amat berguna mengenai Olymp Trade MT4 adalah ia membahagikan pasaran kepada time-frame yang ada. Berdasarkan jangka masa ini, kita boleh menganalisisnya untuk mencari titik masuk dan keluar.

Salah satu masalah yang paling penting semasa menganalisis adalah mempunyai time-frame yang diplotkan pada carta. Kemudian dari petunjuk yang anda pasang, anda harus mengenal pasti isyarat pengesahan masuk dan keluar pada pelbagai time-frame yang ditawarkan oleh Olymp Trade.

Di Olymp Trade MT4, anda mempunyai 9 time-frame yang berbeza, jadi anda boleh menilai dan menganalisis trend pasaran dengan lebih tepat. Tetapi ianya bergantung pada bagaimana anda membuat analisis untuk memilih time-frame.

Akses mudah ke Indikator

Sebagai tambahan kepada time-frame yang ada, di Olymp Trade MT4 ini juga anda akan dapat mengakses lebih dari 50 petunjuk yang berbeza. Inidkator ini akan membantu anda melihat arah aliran, tahap dan data penting lain untuk kegunaan analisis teknikal.

Semuanya terserah kepada anda tentang cara untuk menggunakan indikator ini bagi menentukan titik masuk dan keluar. Sebagai contoh, anda mungkin mahu bergantung pada perubahan warna lilin, atau mengubah data (tempoh) untuk digunakan dalam pengiraan. Ini menjadikan petunjuk Olymp Trade MT4 lebih mudah difahami daripada perisian lain.

Olymp Trade MT4 Secara Terperinci

Sekiranya anda masih tidak tahu bagaimana untuk menganalisis MetaTrader 4, kami akan menerangkan 4 versi utama di Olymp Trade satu persatu. Terdapat 4 bahagian kesemuanya:

Olymp Trade MT4

Senarai harga:

Senarai harga memaparkan semua produk yang boleh anda dagangkan – termasuk pasangan forex, indeks saham, logam berharga dan energi – dan menunjukkan simbol produk serta harga tawaran dan permintaan. .

Ciri-ciri berikut boleh didapati di bahagian ini:

  • Buat pesanan baru (new order) – buka pesanan baru untuk produk yang dipilih
  • Tetingkap carta (chart window) – membuka carta baru bagi produk yang dipilih
  • Graf Tick – ini adalah perdagangan pasangan mata wang
  • Kedalaman Pasaran (Market Depth ) – memaparkan harga jual dan beli produk pada harga terbaik yang tersedia (paling dekat dengan harga pasaran)
  • Spesifikasi – parameter produk kontrak seperti spread (arbitrage jual beli, kontrak swap kadar dan caj)
Carta:

Bahagian carta cukup mudah untuk difahami. Melihat kepada carta sudah cukup untuk mengetahui pergerakan harga. Carta boleh memaparkan banyak bentuk seperti lilin dan bar harga. Ada juga boleh melihat banyak carta pada satu layar jika anda ingin memantau banyak pasaran.

Carta boleh dipaparkan pada pelbagai jangka masa, dari carta 1 minit hingga carta 1 bulan. Carta 1 minit bermaksud bahawa setiap lilin, bar atau garis mewakili volatiliti 1 minit. Begitu juga, dengan carta 1 bulan, setiap lilin, bar atau garis mewakili volatiliti 1 bulan.

Anda juga boleh melukis garis menegak, garis mendatar, garis arah aliran, character dan anak panah dengan sangat mudah. Kesemua ini adalah alat penting yang sering anda gunakan semasa menganalisis carta.

Navigator:

Jadual ini cukup hebat. Ini adalah toolkit untuk anda bereksperimentasi. Panel Navigator membolehkan anda masuk ke akaun perdagangan anda. Dari table ini, anda boleh membuat akaun demo dan uji strategi anda sebelum memulakan trading di akaun sebenar.

Ciri lain yang terdapat di panel Navigator adalah keupayaan untuk menambahkan petunjuk pada carta. Terdapat banyak indikator untuk dipilih, dan anda boleh membuat indikator anda sendiri dengan menggunakan MQL5, (bahasa pengaturcaraan), dan mengimportnya ke dalam Olymp Trade MT4 untuk digunakan.

Terminal:

Panel Terminal membolehkan akses cepat ke akaun dan sejarah transaksi anda. Anda hanya perlu klik pada setiap baris di panel Terminal dan anda akan ditunjukkan dengan lebih banyak pilihan.

  • Orders – memaparkan open order dan pending order.
  • Sejarah akaun – senarai transaksi yang dilaksanakan. Anda boleh menyemak keuntungan dan kerugian, kredit, deposit, pengeluaran. Anda boleh klik kanan untuk mencari antara time interval. Langkah ini penting dalam membentuk strategi perdagangan kemudian nanti.
  • Berita – di sini anda akan mendapat berita penting dan transaksi yang berkaitan.
  • Peringatan – senarai amaran dan anda boleh gunakan untuk mengatur penggera untuk mengingatkan anda apabila produk mencapai harga tertentu, atau memecahkan petunjuk trend line.
  • Mailbox – memaparkan mesej yang dikirimkan kepada anda melalui perisian.
  • EA – menunjukkan maklumat mengenai Isyarat Dagangan aktif (EA) di akaun anda. Anda juga dapat melihat pesanan yang dibuka atau ditutup oleh EA.
  • Jurnal – memaparkan mesej sistem mengenai akaun anda seperti masa log in, order creation atau pengubahsuaian dan pesanan yang telah ditutup.

Penerangan di atas adalah serba sedikit tentang Olymp Trade MT4. Dengan itu, anda tidak perlu hanya bergantung pada satu platform untuk melakukan perdagangan. Sekarang ini anda mempunyai alat analisis built-in seperti platform Olymp Trade dan juga platform trading awam seperti MT4 untuk anda pilih jika anda ingin melakukan perdagangan menggunakan broker Olymp Trade.

Mengapa Trader Olymp Trade Forex memilih MT4?

MetaTrader adalah platform trading yang diiktiraf oleh para trader di seluruh dunia. Ini adalah platform pusat yang membolehkan broker yang reliable menggunakan platform ini untuk trading mereka.

Dalam perdagangan Forex, trader boleh memilih untuk berdagang sama ada di platform Olymp Trade atau platform mt4. Sebelum memutuskan platform mana yang akan diperdagangkan, mari kita melihat jadual perbandingan di bawah.

Bilangan aset yang boleh diperdagangkan

Jumlah Indikator

Yuran Pembukaan Trade

Pilih antara Daily fees dan SWAP fees

Jumlah Demo Akaun

Jumlah Real Akaun

Akaun Demo Sepanjang Hayat

Trading time limit

Maximum per trade limit

2000$ (VIP 5000$)

Margin per trade

Pilih jumlah margin sebelum trade

Cagaran mengikut jumlah bahagian perkadaran

Jumlah maksimum adalah sama dengan jumlah yang dilaburkan.

Maksimum sama dengan jumlah yang terdapat dalam pot pada masa itu

Minimum trade / time

Pending order

Ringkasan OlympTrade MT4

Akaun MetaTrader 4 anda tidak akan sama dengan akaun OlympTrade FTT dan Forex anda dalam aplikasi Olymp Trade. Dan setiap akaun MT4 yang anda tambahkan juga merupakan akaun mata wang yang berasingan. Oleh itu, anda perlu membiayai semula setiap akaun mt4 yang anda ingin buka.

Berdagang di platform MT4 dapat memudahkan perdagangan menjadi lebih menguntungkan. Semuanya kerana anda berdagang dengan lebih banyak alat bantuan. Dan itu juga bermaksud ketepatan akan menjadi lebih besar.

Oleh itu, kebanyakan trader memilih untuk berdagang di MT4. Dan anda jika harus mempertimbangkannya jika anda berhasrat untuk menjadi trader profesional.

Walaubagaimanapun, adalah mustahak untuk anda memberi masa tambahan kepada diri sendiri untuk mempelajari alat serta segala maklumat mengenai perdagangan di MT4.

DAFTAR SEKARANG

16 Responses

Saya sudah mempunyai akaun Olypm Trade FTT dan Forex. Perlukah saya mendaftar semula untuk MT4 dan membuat pengesahan?

Saya gembira akhirnya Forex Olymp Trade melancarkan terminal MT4. Platform ini sangat menarik dan mempunyai banyak fungsi yang berguna. Paling penting sekali, platform menyediakan zon pembangunan profesional kepada pedagang.
Terdapat banyak penunjuk, alat dan ciri yang lain. Analisis teknikal agak maju. Tambahan pula, terdapat peluang memasang skrip, penunjuk, penasihat pakar anda sendiri. Anda tahu bahawa platform mengembangkan pelbagai pilihan kepada pengguna.

Saya rasa kebanyakan pedagang Forex Olymp Trade gembira melihat MT4, kerana platform perdagangan ini sebenarnya mempunyai banyak kelebihan yang membolehkan pedagang bekerja dengan lebih cekap dan secara dinamik malah menerapkan pendekatan yang lebih canggih sekiranya seseorang betul-betul berminat berdagang. Kerja dengan MT4 juga mudah digabungkan dengan terminal Forex Olymp Trade yang utama, yang boleh dianggap sebagai mempelbagaikan risiko dan meningkatkan peluang mendapatkan keuntungan walaupun anda menjalankan beberapa aktiviti berisiko atau membuat spekulasi di pasaran. Pastikan anda mencubanya, ia memang sangat menarik.

Ketibaan MT4 merupakan pembangunan yang dialukan untuk klien Olymp Trade forex keraana ia membuka peluang baru dan membolehkan analisis yang lebih terperinci untuk anda berdagang dengan lebih tepat, terutamanya posisi jangka panjang. Biasanya sangat mengujakan untuk mencuba sesuatu yang baru.

Boleh ke pengurus OLymp membantu sy trade? Atau diorang hanya pantau deposit?

Jika anda berkomunikasi dengan juruanalisis OT, anda pasti boleh faham mereka. Kerana ini orang sebenar yang bekerja di sana dengan pengetahuan luas dan pengalaman yang mereka sedia untuk berkongsi. Dan inilah yang penting kepada semua. Kelebihan yang tidak patut diabaikan.

Saya macam ramai klien lain, dapat tahu tentang kemunculan MT4 dalam kefungsian broker ini hanya dari ulasan olymp trade malaysia. Mula-mula reaksi saya mcm tak kisah. Kerana saya tahu saya masih akan menggunakan terminal utama syarikat ini di masa depan, dan inilah perkara paling penting bagi saya. Tapi, lama lama saya pun cuba MT 4 dan boleh tahan kelebihannya. Walau bagaimanapun, pelbagai platform perdagangan hari ini adalah idea yang baik dan terus menarik perhatian saya.

Baru-baru ni saya mula berdagang di Olymp Trade Forex. Setakat ini saya belajar platform FTT dengan telefon, tapi tak lama lagi saya balik rumah dan cuba MT4 dengan komputer pula. Saya berminat untuk bina sistem dan strategi sendiri. untuk perdagangan 🙂

Dekat mana untuk pasang platform perdagangan MT4 Olymp Trade?

Boleh daftar Olymp Trade MT4 Forex di https://rebrand.ly/MyMT4

Olymp Trade MT4 (desktop untuk platform Windows dan mudah alih) boleh dimuat turun dari laman web syarikat – olymptrade.com. Jangan lupa mendaftarkan akaun untuk log masuk ke platform.

Satu lagi ulasan Olymp Trade malaysia yang masuk akal.
Secara keseluruhan saya tertarik dengan cara syarikat ini berbelanja besar, dari segi sumber, masa dan usaha supaya pedagang boleh belajar, bekerja, berkembang dsb. Dan ini adalah sebab kenapa syarikat ini sangat popular. Mereka akan terus kekal di pasaran sebagai prospek yang baik.

Ya, saya setuju, platform perdagangan adalah alat utama pedagang. Setelah ulasan Olymp Trade malaysia saya dapat mengatakan MT4 adalah 100% Metatrader 4 standard, yang tidak berbeza dengan versi biasa. Untuk beralih ke Metatrader 4, pilih tab yang berkenaan di laman web Olymp Trade dan ikut prosedur untuk membuat akaun Metatrader.Saya memberi tumpuan kepada kelebihan dan kekurangan Olymp Trade Forex MT4.
Ya, walaupun terdapat terminal perdagangan yang luas, platform MetaTrader 4 masih paling popular di kalangan pedagang. Menurut statistik, ia lebih disukai oleh lebih 90% pedagang. Mari kita lihat jika MT4 adalah terminal terbaik untuk perdagangan, atau adakah ada sebab lain di sebalik kepopularan?
Kelemahan utama MT4 yang dapat saya ketengahkan ialah panjang lilin yang tetap. Kelemahan lain adalah prinsip pembinaan mesh. Sebilangan besar terminal yang merangkumi standard Olymp Trade menggunakan beberapa peringkat, dan ini adalah logik.
Seperti yang anda lihat, MT4 mempunyai kelemahannya, tetapi masih sangat popular.
Sebab populariti ini adalah ketika Metatrader 4 pertama kali dilancarkan, hampir tidak ada alternatif untuknya dari segi ciri yang ditawarkan. Hasilnya, kebanyakan pedagang, termasuk yang profesional, buat trade menggunakan MT4. Ini membawa kepada sejumlah besar penunjuk, algoritma dan pakar dihasilkan dan sekarang, dengan menggunakan Metatrader 4, Anda tidak hanya mendapatkan platform perdagangan standard, tetapi juga kemampuan untuk menyesuaikannya agar sesuai dengan gaya anda.

Hampir setiap DC, termasuk Olymp Trade, menawarkan kepada klien satu senarai platform perdagangan yang tersedia untuk dimuat turun, walaupun senarai ini sering didahului dengan platform Metatrader 4. Memuat turun terminal perdagangan adalah percuma, tapi ini hanya patut dilakukan dari laman web rasmi broker anda.
Terdapat pelbagai produk perisian yang berbeza untuk bekerja di bursa, tetapi bagi kebanyakan pedagang Forex, MetaTrader 4 adalah standard yang lalu.

Metatrader4 ialah platform perdagangan yagn bagus. Ia masih menjadi pilihan sekumpulan pedagagang. Tidak hairan kerana produk berkualiti sentiasa ada permintaan. Pedagang profesional memuji pelbagai alat analisis pasaran. Metatrader4 juga menyokong penunjuk teknikal custom. Selain itu, ia dipasangkan dengan modul khas yang membolehkan pedagang menghasilkan penunjuk teknikal sendiri tanpa pengetahuan programing. Panduan boleh didapati dalam talian. Sehingga hari ini kebanyakan kursus perdagangan adalah berasaskan Metatrader. Untuk saya tiada alternatif lain kepada platform ini.

Ia satu platform perdagangan yang bagus, setakat yang saya tahu, Olymp Trade dah tak gunakan lagi. Tapi awak boleh gunakan platform perdagangan profesional Olymptrade Forex. Ini adalah perisian perdagangan yang mudah difahami dan lancar tak kurang hebat daripada MT4. Broker ini juga ada aplikasi mudah alih dalam App Store dan Google Play!

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *